Saturday, 9 June 2012

Soal-jawab hukum hakam Islam...


 HUKUM MENONTON WAYANG
Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.
jawapan:
wa’alaikumussalam
Kami akan menjawab soalan anda dengan kada yang termampu, Insyaallah.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Sekian, wassalam

HUKUM PEMAKAIAN INAI BERCORAK MENGIKUT SYARAK
Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

    SUMBER: JAKIM
      
    HUKUM MEMAKAI BULU MATA PALSU

    Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?

    Jawapan

    Waalaikumussalam w.b.t
    Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:
    “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
    Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
    Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
    Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.
    Wallahua’lam

    HUKUM MENYIMPAN KUKU PANJANG
     Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.

    The Truth
    Jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

    Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

    Percayalah.
    Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

    Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. 


    Maklumat Tambahan
    Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

    Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
    1] jari manis
    2] jari kelingking (anak jari)

    dan jangan memakai pada jari:
    1] jari tengah
    2] jari telunjuk

    Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

     HUKUM MENYIMPAN ANAK PATUNG
     Soalan; assalamulaikum ustaz...saya ingin bertanya apakah hukum sbnr menyimpan anak patung....sebab saya pernah dengar orang kata kalau nak simpan anak patung boleh tapi kena cacatkan anggotanya....adakah itu benar ustaz...

    Jawapan; 

    Patung makhluk yang bernyawa –iaitu manusia dan haiwan- menurut jumhur ulamak; haram dibuat dan haram juga memilikinya. Hukum haram ini berdalilkan hadis-hadis yang melarang peniruan terhadap makhluk-makhluk bernyawa sama ada melalui lukisan, patung atau sebagainya. Antaranya sabda Nabi (bermaksud); “Semua orang yang membuat peniruan adalah dalam neraka. Di akhirat nanti makhluk yang ditirunya akan dijelmakan menjadi satu jiwa yang akan mengazabnya di dalam neraka. Jika kamu perlu melakukannya, buatlah peniruan terhadap pokok atau benda yang tidak bernyawa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar (Imam as-Syaukani), juzuk 2, kitab al-Libas, bab Hukmi Ma Fihi Shurah Min as-Siyab…).

    Dikecualikan dari pengharaman patung makhluk bernyawa di atas, patung-patung yang mempunyai ciri berikut;
    1. Patung yang dibuat untuk mainan kanak-kanak
    2. Patung yang tidak dimuliakan iaitu yang diletakkan di atas tanah tanpa sebarang kebesaran. Adapun patung yang digantung didinding atau dijadikan perhiasan di atas meja dan sebagainya, diharamkan.
    3. Patung yang tidak sempurna jasadnya iaitu terpotong anggotanya di mana bagi haiwan hidup dengan ketiadaan anggota itu ia tidak dapat hidup seperti patung yang tiada kepala, patung setakat dada atau seumpamanya.
    4. Patung yang tidak kekal seperti patung dari coklat, tepung, ukiran dari buah atau seumpamanya.

    Terdapat segolongan ulamak hanya mengharamkan patung yang dibuat untuk sembahan sahaja, iaitu patung-patung berhala. Adapun patung-patung yang lain, tidaklah diharamkan. Pandangan ini dinaqalkan oleh Imam an-Nuhhas, Makki bin Abi Thalib dan Ibnu al-Furs.

    Wallahu a’lam.

     HUKUM MENYAMBUT HARI IBU
     Sambutan hari ibu menimbul isu kerana terdapat artikel dari wikipedia mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:

    "Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini".

    Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.

    Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, dari mysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :

    Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:

    1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
    2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
    3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
    4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
    5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak-anaknya.
    6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
    7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.

    Garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor boleh dilawati di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor
     
    HUKUM MENGGANTUNG GAMBAR DI DINDING

    Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
    Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
    Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
    SUMBER: INTERNET :)

Thursday, 24 May 2012

C.I.N.T.A.

Ada Apa dengan Cinta?, Cuti-cuti Cinta, Cinta Kura-kura, 321 Cinta....Cinta, cinta..cinta... Semuanya tentang cinta. dari filem, novel dan lagu serta cite kartun sekalipun, pasti ada cinta. (walau terselit sikit je..)  dalam kehidupan kita sehari-hari juga pasti terselit sedikit kisah cinta. Mengapa cinta ada di mana-mana? Kita pasti akan terjumpa cinta walau di mana-mana. sebagai contoh, kita bertemu cinta ketika di sekolah, ketika mendaftar untuk universiti, ketika di masjid *ni bagus!* , malah di tadika pun kita mungkin pernah mendengar budak-budak bercinta! Apa punca2nya? Mungkin kerana ibu bapa zaman sekarang yang semakin 'sporting' (membiarkan anak2 bebas seperti burung/layang2..huhu..), mungkin juga kerana teknologi zaman sekarang spt kemudahan internet(facebook la...*dll*), terpengaruh dengan rakan sebaya atau cite2 cinta yg ada sekarang ni. Saya menulis tentang cinta ini sebenarnya kerana ingin memenuhi permintaan rakan saya *nama dia..tuttttt....* Kita tak boleh lari drpd cinta. Tapi, cinta kadang2 lari drpd kita. Kalau kita nak bercinta pastikan berniat kerana Allah, bukan utk suka2, saja2...Macam mana berniat kerana Allah? Niat kita adalah utk berkahwin (sunnah Nabi tu...) Jadi, tak usahlah bercinta pada waktu kita masih tak bersedia utk mendirikan masjid. Nanti kalau terputus di tengah jalan raya, kita juga yg frust menonggeng... Senang cite, berkawan je la dulu. fikirkan masa depan kita dulu. tak semestinya kita bercinta dgn 'dia', 'dia' yg akan jadi pasangan hidup kita..Takdir semunya di tangan Allah. (tapi, ada juga yg berkawan waktu sekolah. bila dah besar dapat menjadi pasangan sehidup semati *sweetnya...*) Kadang-kadang takdir menyebelahi kita kadang2 tidak. So, berserah saja kpd Yang Esa. Sabarlah sikit...dah habis sekolah nanti, barulah fikir nak cari pasangan. Jangan cepat sangat cari pasangan dan jangan lambat sangat cari pasangan *nanti jadi bujang terlajak pulak*...Itu sajalah yg saya nak tulis pada kali ni.... Pesanan ni bukan untuk mengutuk/memerli sapa2 tapi, sekadar renungan bersama...jangan marah ya........................ :)


Monday, 2 April 2012

Alam Ghaib

Hari ni, rasanya saya nak bercerita pasal alam ghaib. Saya saja2 je nak bercerita pasal topik ni.(lagipun, saya dah tak tau nak tulis apa...) Contoh makhluk2 ghaib spt: syaitan, orang bunian, malaikat, jin dll. Mungkin ada yg takut dgn semua ni. (lebih baik takutkan Allah SWT..)
Penerangannya:-
Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).
Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal - terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari AkhiratSyaitan juga yang menyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.
Hantu seringkali digambarkan sebagai bersaiz dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai "berkilauan", "berbayang", "lutsinar", "seperti kabus", atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadang kala ia tidak nampak dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, yang tidak mempunyai penjelasan logik.

Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Syaitan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusia. Persahabatan ini dikenali sebagai saka .
 
Okey, itu serba sedikit (banyak jugak sebenarnya) pasal alam ghaib dan makhluk2nya. lepas baca post ni janganlah dengar bunyi orang ketuk pintu bilik, terus lari. mana tau yg ketuk tu manusia...
Semoga information (tetibe nak speaking London!) dlm post ni berguna dlm kehidupan seharian...
Pesanan saya, janganlah terlalu takut apatah lagi memuja makhluk2 halus ni! Jagalah akidah kita dan yg paling penting, Takut kepada Allah, bukan takut kepada makhluk-Nya..Kat bawah ni, ada imej2 makhluk halus yg saya ambik kat Google... 
 
 Tengok kat belakang tu...
*Asal Zizan RL tersesat kat sini?! (sebenarnya ni salah satu scene dlm filem 'Jangan Pandang2')
 
 
 Hantu Kak Limah pun ada...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, 1 April 2012

Kisah 'isu pemakaian purdah'...



 
Apa itu purdah?
Pernah lihat wanita yang memakai penutup muka seperti ini? Ya, inilah yang dinamakan purdah. Ada juga yang menyebutnya sebagai niqab atau cadar.

Disini saya akan sentuh serba sedikit berkenaan pemakaian purdah ini. Petikan daripada laman web buluh.iluvislam.com berkenaan isu purdah.


PENGERTIAN PURDAH

Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.


ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?

Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.

Jumhur Ulama:

Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:

Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:

Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie: 

Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:

Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan: 

Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.

ISU PURDAH

Pelbagai andaian dilemparkan pada pemakai purdah. Kadangkala, saya menjadi hairan. Kenapa si pemakai purdah ini sentiasa menjadi sasaran untuk menunjukkan kelemahan Islam. Pelbagai rasional dilontar demi untuk mengatakan bahawa ‘purdah’ tidak relevan dengan dunia masa kini.

“Berniqab tidak sesuai dengan waqi’ Malaysia terutama untuk berdakwah kepada mereka”
“Pakai purdah boleh menakutkan bukan Islam”
“Berniqab menunjukkan wanita Islam itu ekstemis.”

Keindahan ISLAM langsung dijadikan fitnah bagi mereka yang sentiasa ‘panas’ dengan agama yang syumul ini. Masakan tidak, mereka hanya membuat andaian ‘atas angin’ berkenaan isu ini tanpa mengkaji kebaikan dan keindahan disebalik pemakaiannya.

Itulah yang saya cuba utarakan. Mempraktikkan ajaran agama sangat sukar apatah lagi walaupun berada di sebuah negara yang diwar-warkan sebuah negara Islam.

(Post di atas hanya di copy n paste daripada blog "Dari Mata Ke Hati"-http://www.ashsyumul.blogspot.com  Sebenarnya..ada lagi meneganai isu pemakaian purdah ini..Kalau nak baca, pergilah dekat blog yg saya copy paste ni...:D)...

ISLAM-keturunan atau sebenar-benarnya...

Tajuk utk post ini mungkin agak meragukan. Namun, sebenarnya mudah sahaja utk difahami! Hari ini, kita akan bercerita tentang agama kita- ISLAM. Dalam tajuk ini, saya cuma ingin anda menghayati sama ada kita ini Islam pada keturunan (Islam atas dasar nama saja) ataupun Islam yang sebenar-benarnya...
Zaman sekarang ni, ramai umat Islam yang tidak seperti umat Islam. mengapa saya kata begitu? Sebab, umat Islam sekarang sudah semakin terpesong akidahnya. Umat Islam kini, makin ramai yang melanggar larangan Allah SWT...spt, melakukan maksiat, minum arak, berjudi dan bla..bla..bla...Astaghfirullahalazim...Bilakah agaknya semua umat Islam menjadi seorang muslim yg sejati? Hanya keturunannya saja Islam, hanya agama Islam yg tertulis di ICnya, TETAPI, akidahnya, perwatakannya, pemakaiannya, hatinya tidak seperti umat Islam yg sebenar. Bila ditanya, apakah agamanya? Jawabnya, Islam..Bila ditanya solat atau tidak? (sbg contoh) Jawabnya, tidak! Bila ditanya mengapa? Pelbagai alasan akan kita dengari...
Jika kita sebenar-benarnya Islam, akidah, perwatakan, pemakaian dan hati kita terserlah sebagai seorang mukmin sejati...Bila ditanya apakah agamanya? Jawabnya Islam. Bila ditanya solat atau tidak? Jawabnya, Ya. Bila ditanya mengapa? Jawabnya, solat itu tiang agama. Solat itu kewajipan setiap umat Islam..*dan pelbagai lagi jawapan yg menjelaskan kepentingan solat*...Itulah jawapan umat Islam yg sebenar, umat Islam yg bukan pada keturunan sahaja..
Jadi, sama-samalah kita melakukan penghijrahan, daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada yg lebih baik, dan berusaha mengekalkan kebaikan itu..
Jadi, umat-umat Islam sekalian, fikirkan sama ada anda Islam pada keturunan sahaja atau Islam yg sebenar-benarnya...Renung-renungkan...




Thursday, 22 March 2012

Cinta monyet?

Kita selalu dengar istilah 'cinta monyet'. Maknanya? Tak ada maknanya...Tidak! sebenarnya ia mempunyai makna! Dua 'orang' monyet sedang bercinta? bukan itu maksudnya! Maksudnya, cinta pada zaman remaja atau senang cite ketika masih bersekolah (betul ke maksudnya ni?! Entah...saya main taram aje...) Saya selalu lihat fenomena ini di sekolah saya. ada yang bercinta kerana pandang pertama, berkenalan di facebook atau lebih tepat lagi muka buku (cinta di muka buku...)
Si gadis akan memanggil pakwenya dengan panggilan abang, sayang dll(mungkin agak keterlaluan untuk budak sekolah..)Si jejaka pula akan memanggil makwe/buah hati pengarang jantung pisang dia tu sebagai anje, sayang dll...tak tahulah kenapa/apa sebabnya terjadi fenomena 'cinta monyet'..budak-budak kecik yg belum akil baligh spt budak2 yg baya-baya anak sedara saya pun dah pandai bercinta! Contoh situasinya seperti:-


SITUASI C:- (sepasang 'couple' sdg sibuk bergayut, (bukan bergayut pada dahan pokok!))


HAWA: Sayang..sayang, sayang sayang sayang tak?
ADAM: Sayang..sayang, sayang sayang sayang!
HAWA: Sayang, sayang sayang?! (terkejut)
ADAM: (angguk) Sayang, sayang sayang sayang...

kesimpulan?: Mungkin ada yang pening dengan dialog di atas..Siapa 'sayang'? Siapa 'sayang' yang lagi satu tu? Siapa yang sayang siapa? Saya sendiri pun pening sebenarnya...tak kisahlah siapa sayang siapa atau apa-apa pun, yang pentingnya di sini adalah moral yang boleh kita dapati daripada dialog yang meragukan di atas...Moralnya: Kita mestilah tumpukan perhatian pada pelajaran. jangan sibuk mengejar CINTA kerana lebih baik mengejar CITA-CITA! lagi satu, janganlah kita membazirkan kredit handphone kita semata-mata nak call pakwe/makwe kita tuh...Ingat, membazir itu amalan syaitan!

Renung-renungkan...!


hiburan duniawi VS bekalan akhirat

Tidak salah kita mendapatkan hiburan seperti menonton TV (ini hobi saya..) dan lain-lain. asalkan, tidak melalaikan. melalaikan? camne tu? Contohnya:-

SITUASI B
X sedang chatting di facebooknya..(hiburan yg famous masa kini. budak tadika yang tak tau baca pon dah ada akaun facebook!) Jam menunjukkan pukul 2 ptg. Zuhur telah masuk setengah jam yang lalu. tapi, X masih hadap facebooknya tu.

MAK: X, udah-udah le ber-facebook tu! solat cepat!
X: Alah..Nantilah, mak...orang tengah facebook ni! (Mak X keluar sambil menggeleng-geleng)

Masa terus berlalu...(masa tidak menunggu kita, ingat!) Azan Asar pun brkumandang...
Allahu-Akbar, Allahu-Akbar...

Nampaknya, X telah terlepas solat Zuhur. tapi, dia terus solat Asar dan tak ganti solat Zuhurnya itu...Astaghfirullahalazim...

kesimpulan: tidak salah melayari internet (dll) tapi, kita haruslah bijak membahagikan masa ibadah, hiburan, pelajaran dll...

MORAL: Pertama, janganlah kita melengah-lengahkan waktu solat. kedua, janganlah kita ingkar arahan ibu bapa kita. ketiga, janganlah kita meninggalkan solat fardhu yang telah diwajibkan...lagi satu, janganlah kita membuang masa dgn perkara2 yang lagha yakni sia-sia...Fikir-fikirkan...